Thursday, October 15, 2009

In loving Memory of Andrew Chow Kin Mun <14/03/92 - 14/10/09>

IPOH: Seorang remaja yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai makan berhampiran kawasan perumahan di Puncak Gerbang Meru Indah, di sini malam tadi, mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini.

Andrew Chow Kin Mun, 17, yang cedera parah di kepala mati pada pukul 11.15 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata pergaduhan itu dilapor berlaku pada jam 12.30 tengah malam tadi ketika remaja itu sedang berbual dengan rakannya di kedai makan berhampiran taman perumahan itu.


"Mereka dihampiri sekumpulan lelaki dari arah belakang dan seorang daripada lelaki itu bertindak memukul mangsa dengan menggunakan senjata tajam menyebabkan tercetus pergaduhan," katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Beliau berkata, Andrew yang mengalami kecederaan serius di kepala dan beberapa bahagian badan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

"Polis menemui beberapa batang kayu dan parang di tempat kejadian yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," katanya.

Mohd Dzuraidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama


sourced from Berita Harian Online